Monday, March 27, 2017

NIGHT MARKET


assalamualaikum dan salam sejahtera.

dah lame rasa nya tidak membloggingkan huhu

uolls apa khabar sehat?

 pada kali ni admin nak share tentang pasar malam di Teluk Intan. Pasar malam ni beroperasi pada setiap hari sabtu malam ahad pada jam 4.00 petang sehingga 12.00 malam. biasalah nama pun pasar malam, mesti lah benda yang dijual sama dengan pasar malam di tempat lain kan. namun, yang menjadikan pasar malam ini meriah ialah wujudnya gerbang malam.



gerbang malam ini selalu nya dibuka pada setiap hari pada pukul 5.00 petang sehingglah 11.00 malam. tetapi pada malam minggu ianya beroperasi sehingga 2.00 pagi. barangan yang dijual di gerbang malam adalah sama dengan pasar malam kecuali makanan.

Apa yang menjadikan pasar malam ini menjadi terkenal dan menjadi buruan  pelanggan ialah Popia Ronda yang terkenal di Teluk Intan. Rasanya sangat sedap kerana ianya terus disediakan dari motosikal secara langsung. 





Ia meronda di kawasan pasar malam dan Dataran Condong untuk menarik perhatian pelanggan. Popia yang disediakan terbahagi kepada dua iaitu popia basah dan popia goreng. Harga bagi popia ronda tersebut adalah (4pcs) RM 2.00 .

Selain itu , terdapat juga gerai pameran barangan antik di pasar malam Teluk Intan.  Antara barangan antik yang menarik dipamerkan ialah koleksi duit syiling lama , handphone lama yang masih berfungsi , tembikar-tembikar , jam dan sebagainya. Barangan yang dipamerkan tidak dijual .. akan tetapi gerai ini menjadi buruan ramai pengunjung.


gambar barangan antik


Air bandung tarik juga menjadi tarikan pengunjng. Ia menjadi unik kerana air bandung itu ditarik di hadapan pelanggan dan rasanya menjadi lebih sedap berbanding bandung biasa. Harga bagi 1cup ialah RM 1.20 . bagi yang plastik pula ialah RM 2.00.


Lebih meriah lagi,  pada malam minggu , Bandar Teluk Intan ni akan dipenuhi oleh pengunjung yang mengunjung Dataran Condong yang berhampiran pasar-pasar malam tadi. Dataran Condong ini menjadi tarikan kerana ada setengah masyarakat berkumpulan seperti group berbasikal antik , group motor-motor lama, group motor-motor besar dan sebagainya. Kebiasaanya mereka akan turun ke Dataran Condong pada belah petang sehingga tengah malam.


gambar basikal dan motor antik

Adakalanya Dataran Condong ini akan turut menjadi tempat sebarang acara seperti Sambutan Tahun Baru Cina , Hari Kemerdekaan dan sebagainya. Membuat kan Dataran Condong ini menjadi tarikan kerana adanya Menara Condong yang dihiasi dengan lampu yang bertukar-tukar warna.



sambutan hari merdeka dan sambutan tahun baru cina




Bagi yang belum berkunjung di sini haruslah mencuba. J selamat berkunjung J

No comments:

Post a Comment